Semenjak dua tiga minggu ni saya rasa sangat rindu nak ke tanah haram. Saya rasa hati saya tertinggal di sana. Saya jadi orang lain masa di sana. InshaAllah kalau ada duit lebih, saya nak ke sana sebelum balik Malaysia winter ni. Bila lagi masanya saya boleh wakafkan tubuh saya ni untuk beribadah kepada Allah? Kebanyakkan masa, jiwa dan tubuh saya saya arahkan hanyalah untuk dunia.
Dunia, dunia, dunia.
Kadang-kadang hati saya tak tenang fikirkan masa hadapan di dunia. Masa hadapan di akhirat saya tak pentingkan pun. Dalam membuat keputusan di dunia, saya banyak minta hajat yang memberikan kebaikan saya di dunia saja. Jarang-jarang saya memohon Allah untuk memberikan yang 'terbaik' buat saya kerana saya selalu takut jika yang 'terbaik' bagi Allah itu adalah bukan seperti yang saya hajati. Dan kebanyakkan hajat-hajat yang saya maksudkan ni ialah hajat di dunialah.
Macam-macam hajatlah, hajat nak menambah duit, padahal kenapa nak tambah duit tu pun tak jelas. Tambah duit untuk persediaan 'ikat unta' itu baguslah sebenarnya. Namun tak ada guna jika hati terlalu fokus untuk tambah duit dan mengejar harta dan aset dunia sampai hati kita terikut-ikut. Dunia ni memang tempat bergurau senda yang paling asyik, no wonder orang boleh terpedaya. Kalau dulu baca je kat dalam al-Quran tentang orang-orang yang mengumpul harta, tanpa sedar, mungkin orang itu adalah kita, kau atau aku. Jadi kaya tak salah, tapi jangan kedekut.
Beberapa hari lepas saya tengok video Hazeman Huzir di Youtube. Dia cerita dia dahulu selalu juga doa minta perkara dunia. Memang Allah bagi. Tapi bila Allah dah bagipun, hatinya tak tenteram lagi. Katanya, sejak dari itu dia selalu berdoa agar Allah berikan yang 'terbaik' baginya. Penatlah saya. Jiwa saya hilang fikirkan perkara dunia. Sampai Allah terpaksa bagi saya 'tamparan' yang hebat untuk bagi saya sedar. Semalam ada akak bagitahu tentang hakikat kehidupan.
Orang selalu bertanya: Kenapa kehidupan ni mesti ada kesusahan?
Kerana bila selalu ada kesenangan kita leka. Kerana bila kita susah, baru kita sedar akan kesenangan itu hanya di akhirat sahaja.
Cakap pasal doa, ayat pertama surah al-Mulk berkata tentang keberkatan yang dikurniakan Allah (Jangan hanya amalkan al-Mulk sebelum tidur, tolong fahamkan dan baca tafsir juga ya. Padahal baca Quran itu sunat, memahaminya dan mempelajarinya itu WAJIB).
Ayat pertama surah al-Mulk menceritakan tentang berkat / barakah. Apakah maksud ‘barakah’? itu.
Ada dua elemen dalam makna perkataan بَرَكَ:
Pertama: bertambah – barakah itu semakin bertambah;
Kedua: kekal – barakah itu kekal, bukan untuk sementara. Bermakna, keberkatan Allah semakin bertambah dan ianya kekal.
Kita hanya boleh minta berkat daripada Allah sahaja. Tak boleh mengharapkannya dari tangkal, dari kubur, dari gambar yang kita retweet (kalau ada twitter). Sebaiknya, kita sendirilah yang berdoa dan memohon keberkatan itu daripada Allah.
Minta Allah berkatkan kerja kita, minta Allah berkatkan ilmu kita, minta Allah berkatkan kehidupan kita dengan perkara-perkara yang baik. Jadi, setiap kali kita memohon apa-apa daripada Allah, adalah baiknya jika kita turut memohon keberkatan Allah bersama hajat kita itu. BTW, cikgu takda berkat. Tak ada istilah 'minta berkat dari cikgu' kerana yang hanya boleh mengurniakan berkat adalah Allah. Kalau kita rasa benda / orang lain ada berkat itu salah, jangan sampai kita tersyirik dalam berkat.
Okay habis sudah cerita tafsir surah al-Mulk untuk masa ni.
Saya bagi sikit sahaja sebab sejujurnya saya takut nak cerita lebih-lebih apatah lagi tentang tafsir. Saya kongsikan yang mana saya rasa bermanfaat sahaja untuk dikongsi pada orang-orang lain. Lain kali saya kongsi benda lain pulak. Banyak yang saya ingin kongsikan. Banyak yang ada di fikiran dan banyak juga yang ditulis namun draf-draf blog sahaja yang membaca tulisan saya.

No comments
Post a Comment