Friday, August 10, 2018

Sempadan Iman dan Kahwin


Dua hari semalam aku tertengok kat TV al-Hijrah tentang program haji. Biasalah masa sekarang, orang rancak berbicara tentang haji dan lain-lain sebab dah masuk musim haji. Tapi ada satu rancangan tu saya tak ingatlah apa, mungkin forum? Atau ceramah? Tapi tajuknya membuatkan saya terfikir.

"Mengubah Sempadan Iman"

Ada seorang ustaz dalam TV itu bercerita yang dia sudah menunaikan haji dan dia merasakan satu perasaan yang sukar diungkapkan. Satu perasaan yang melibatkan iman. Mungkinkah halawatul iman?

Dan saya pun terfikir jugak pasal tagline mengubah 'sempadan' iman itu. Agaknya, kalau iman kita ada sempadan, sebesar manakah wilayah iman kita?

Adakah kecil atau besar?

Adakah sempadan itu sering berubah-ubah saiznya?

Hanya kita sendiri yang tahu apa khabar iman kita, kerana hati kita adalah rahsia kita sendiri.

Cakap fasal kahwin pula, tadi ada seorang kawan bertanyakan adakah relevan jika bercinta selepas kahwin pada masa sekarang?

Bagi saya relevan. Kerana masih ada orang yang dalam jemaah Islam melaksanakannya. Baik sahaja.

Namun dia tidak bersetuju kerana dia berpendapat bahawa zaman kini penuh dengan environment yang jahat. Makanya, seharusnya kita berkenalan dengan dia, in and out.

Ini saya setuju. 

Dan dia berkata bahawa kita hendaklah merasai susah dan senang dengan dia, barulah kita tahu siapakah dirinya yang sebenar.

Saya tidak setuju, bila cinta sebelum kahwin itu dicemari dengan perkara yang menyalahi syarak.

Seperti berdua-duaan. Apakah? Chat perkara-perkara yang tidak patut dan tiada faedah, hanyalah untuk memuaskan nafsu bercinta.

Saya rasa memanglah tidak salah untuk mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan, namun itulah, sekali lagi saya ingin menyatakan, janganlah melanggar syarak.

Janganlah mendekati zina. Dan bila bercakap tentang zina, ramai orang ingat zina kemaluan sahaja. Dimana perginya jenis zina lain yang perlu kita jauhi seperti zina mata, zina tangan, zina kaki dan ZINA HATI?

Di mana?

Maaflah jika teremosi. Kerana saya sungguh sungguh sungguh sakit dan sedih melihat orang-orang yang Allah masukkan ke dalam dirinya ilmu agama, namun tewas jika diuji sedikit dengan ujian cinta kepada ajnabi.

Sungguh, sayalah tu. Saya memang lemah dalam ujian seperti itu. Dan inilah mujahadah saya, untuk membiarkan hati saya, yang mempunyai 4 ruang, hanya milik Allah.

Saya berasa sedih juga bila kawan saya itu berkata jangan fikir terlalu mendalam dengan al-Quran kerana ada yang sesat apabila mereka terlalu deep. Dia berkata seperti itu bila saya menceritakan kepada dia kisah Asiah, isteri firaun yang mendoakan sebuah istana di syurga biarpun dia sudah mempunyai istana di dunia, dan biarpun dia beristerikan seorang yang paling zalim di dunia. 

Dia kata kisah itu tidak relevan sekarang. Sekiranya tidak relevan, mengapa Allah abadikan kisah itu dalam al-Quran? Al-Qurankan relevan?

Lalu dia kata, habis itu, takkan tiada cara untuk elakkan daripada perkara seperti itu?

Ya, memang ada. Tapi jangan lupa, kita merancang, Allah juga merancang, tapi rancangan Allah itu adalah sebaik-baik rancangan.

Mungkin dia berpendapat seperti itu kerana dia mempunyai kekasih. Aku tiada. Aku hanya memberi pandangan daripada hemat orang yang single. Dan kahwin bukanlah keutamaanku sekarang. 

Aku hanya berharap agar dia dibukakan hatinya untuk berubah daripada melakukan perkara yang diharamkan sebelum nikah. Begitu juga aku, doakanlah aku agar menjadi seorang yang tenang bila ditanya soalan yang bagiku sensitif begini pada masa hadapan.

No comments

Post a Comment

© A sigma's digital journal of life reflections
Maira Gall